Wednesday, November 23, 2016

Puisi - Penulisan Kreatif

Puisi : Perpaduan

Kita Sama

Negara membangun pesat
Bangunan-bangunan mencakar langit
Kemodenan dan kemajuan semakin dikecapi
Namun masih ada lagi sifat terkeji
Membandingkan agama , bangsa dan warna kulit

Perang dalaman masih berlaku
Mengapa masih ada sebegini
Kita sama kita manusia
Bernafas melalui udara yang sama
Sama-sama perlukan antara satu sama lain
Bagi membangun negara
Tanpa sifat durjana
Kita satu negara , kita sama


Puisi : Ekonomi

Zaman berubah

Dulu kala
Makan pun susah , negara papa kedana
Berusaha membangun untuk masa depan
Halangan mendatang ditepis dengan berani
Semakin membangun negara kita

Ekonomi kini semakin pesat
Dari zaman ke zaman
Hidup semakin mewah , negara semakin megah
Bersyukur dengan apa yang ada
Kalau bukan sebab orang lama
Ekonomi kita tidak pernah berubah


Puisi : Alam

Alam kita

Udara segar , air jernih , pokok hijau
Semua milik alam
Kita sebagai manusia perlu menjaga
Memelihara dan menyayangi
Bukan memusnahkan dan menghancurkan

Alam ini milik kita
Kita perlu bersama mencorak alam
Menjadi lebih indah
Tanpa perlu memusnahkan
Kerana ini tanggungjawab bersama
Dan akan terus dilakukan
Untuk kepentingan masa depan
Untuk generasi akan datang untuk merasai
Nikmat alam


Puisi : Kasih sayang/cinta

Foto

Cinta boleh menyakitkan
Cinta kadang-kandang boleh menyakitkan
Dan itu sahaja yang saya tahu
Bila ia menjadi susah
Saya tahu ia akan jadi susah
Dan itu sahaja yang membuatkan kita hidup

Kita simpan cinta ini dalam foto
Kita bina memori ini untuk diri kita
Apabila mata kita tidak pernah berkelip
Hati tidak pernah sakit
Masa sentiasa terhenti

Dan bila saya tiada
Saya akan mengingati memori kita
Mendengar bisikan di telefon
Tunggu saya untuk pulang ke rumah


Puisi : Kemerdekaan / Patriotik

Perjuangan

Demi negara kita berkorban
Daripada cengkaman manusia durjana
Yang memperhambakan rakyat kita
Sama-sama bangkit melawan
Rela berkorban jiwa dan raga
Demi negara yang tercinta

Bagi kita generasi sekarang
Perjuangan masih belum selesai
Mungkin bukan dari segi fizikal
Tetapi perang psikologi perlu ditangani
Untuk kesejahteraan negara
Untuk masa hadapan


Puisi : Agama

Ke jalan Nya

Tidak terlambat untuk kembali
Tidak terlambat untuk berubah
Kerana semua berlaku atas izin Nya
Walau sejarah mungkin hitam
Walau masa lampau penuh dengan dusta
Tuhan sentiasa memberikan peluang
Untuk kembali ke jalan Nya


Puisi : Sains dan IT

Teknologi

Termenung di jendela
Mengimbas kenangan lama
Zaman berubah dengan pantas
Sekarang penuh dengan teknologi
Penuh dengan alat-alat canggih
Sains dan IT
Mengubah zaman menjadi maju

Menghirup udara segar
Pantasnya masa berlalu
Syukur dengan perubahan
Teknologi yang maju


Puisi : Persahabatan

Sahabat

Sahabat
Ada dikala susah dan senang
Tangis dan tawa
Suka dan duka
Menjadi memangkin untuk berjuang
Memberi semangat dan sokongan
Menjadi tempat luahan perasaan
Menjadi penyelesaian masalah
Semua itu kerana sahabat

Aku gembira mengenalimu
Aku gembira ada kamu
Aku gembira kau disampingku
Aku berharap hubungan persahabatan ini
Kekal buat selama-lamanya .


Puisi : Ilmu

Masa depan

Pentingnya ilmu untuk manusia
Demi masa depan yang terjamin
Ramai orang yang leka
Ramai orang yang alpa
Menganggap ilmu itu tiada apa

Namun mereka terlupa
Kerana ilmulah ramai guru
Kerana ilmulah ramai doktor
Kerana ilmulah ramai orang berjaya
Mungkin tidak nampak untuk sekarang
Tetapi sangat berguna
Untuk masa depan .


Puisi : Budaya dan Warisan

Hilang

Sedang negara semakin maju
Sedang rakyat semakin berjaya
Namun budaya dan warisan kita
Kian pudar , kian kelam
Ia sepatutnya dikekalkan
Hingga ke era moden
Namun semakin hari semakin hilang
Hilang terus dari zaman ke zaman .